Followers

Sunday, January 1, 2012

impian ku 2012

firstly aku harap sangat tahun baru ini aku boleh buat yang lebih baik dari tahun sebelumnya...permulaan yang amat aku nantikan..dengan ada nya peluang ini, akan aku bukti kan yang pelaburan masa n wang ringgit akan mendapat pulangan yang lebih lumayan..aku mahukan lebih banyak pengalaman dan asam garam hidupku di usia yang masih remaja.aku tak mahu menjadi orang yang tak berguna tanpa buat apa-apa.

Permulaan aku dalam program ****** ini banyak membantu aku. banyak benda baru yang aku pelajari termasuk makna hidup di dunia ini.. sejak aku masuk program ini, aku makin bersemangat untuk teruskan perjuangan hidup walaupun tanpa parent. ia mengajar aku makin cepat memahami dunia luar iaitu dunia perlakuan masyarakat masa kini...

Perjuangan aku masih panjang dan aku perlu perjuangkan untuk teruskan matlamat yang aku cita-cita dulu..pengalaman di utem pada semester 1 ini banyak memberi aku pengajaran dan teknik belajar dengan betul..bila join plak program ini, aku jadi makin pandai menguruskan masa dengan penuh bermanfaat dan sedar betapa berharganya masa yang ada...

Impian aku tahun ini untuk menjadi orang yang pandai nak manage time n ofcoz money...pembelanjaan aku harus teratur supaya dengan duit yang ada boleh digunakan dengan sepenuhnya, yang paling penting tidak menyusahkan abangku...aku mahu pendapatan dan pengalaman ini akan memanfaat untuk satu jangka sama yang panjang..dan ia berguna sampai bila-bila..

Mungkin kita tidak sedar bahawa masa makin berlalu, aku dah hampir masuk umur 20 tahun...dengan usia yang seawal ini akan aku buktikan yang aku mampu sara diri dan berdikari... INSYAALLAH.. mudah-mudahan ALLAH SWT merahmati apa yang aku lakukan sekarang...senyum sokmo^_^

ju!!kau boleh capai impian kau!!!

No comments:

Post a Comment

"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal