Followers

Wednesday, April 23, 2014

Petua bagi menggalakkan anak membuat kerja.

Salah satu cara mudah untuk membantu anak-anak berkembang menjadi prihatin, bertimbang rasa dan bertanggungjawab apabila mereka dewasa adalah dengan memberi mereka tugas melakukan kerja-kerja rumah. Melalui tugas itu juga mereka belajar tentang kemahiran-kemahiran hidup yang akan diguna pakai apabila mereka telah mula hidup sendiri dan jauh daripada kita seperti apabila mereka melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan sebagainya.

Namun, sering juga kita berhadapan dengan kerenah anak-anak yang liat apabila diminta untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah.  Ibu bapa perlu bertindak bijak untuk mengatasi kerenah ini. Menjadi sifat semula jadi manusia bahawa kita perlu berasa dikehendaki atau diperlukan dalam sesuatu kumpulan begitu juga anak-anak kita, mereka perlu berasa dikehendaki atau dipandang penting dalam keluarga. Anak-anak ingin tahu bahawa mereka menjadi sebahagian daripada ahli keluarga yang diperlukan untuk menjaga rumah supaya semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak yang dihargai di dalam rumah kerana membantu, mereka menjadi kurang cenderung untuk beralih kepada rakan-rakan untuk mendapat pengesahan dan semangat kekitaan.

Berikut ialah enam petua bagaimana menggalakkan anak-anak  untuk membantu dan menjalankan tugas-tugas di rumah.


1. Permintaan yang khusus
Jika anak-anak sukar untuk bekerjasama, kita boleh cuba memberikan mereka tugas yang lebih konkrit atau mempunyai tempoh masa yang terhad.

Daripada : "Kemaskan ruang tamu."
Cubalah: "Setiap orang perlu ambil dan simpan 10 mainan yang berselerak di ruang tamu.”
Daripada : "Kemas kain baju yang berselerak di bilik kamu."
Cubalah: " Mama nampak macam ada 5 helai baju yang perlu kamu gantung di dalam almari.” 
Daripada : “Kutip kain baju yang perlu dicuci.”
Cubalah: “Mama perlukan bantuan kamu selama 15 minit untuk mengutip semua pakaian yang perlu dicuci daripada semua bilik. Sekarang pukul 7, dan pada pukul 7.15, kamu boleh bermain di luar. "


2. Ambil masa untuk melatih
Anak-anak masih kurang kemahiran. Mereka tidak dilahirkan dan secara automatik pandai menyapu lantai dan mencuci pinggan. Wajar kita menunjuk ajar mereka melakukan sesuatu dengan cara yang menyeronokkan. 

" Okay Ella, masa untuk belajar  menyapu. Dah sedia? Jom kita cuba. Pertama, kita tarik kerusi-kerusi ni keluar dari bawah meja supaya kita boleh sapu di bawah meja dengan mudah.  Kemudian kita ambil penyapu dan sapu seperti ini. Kita sapu hingga ke sudut itu. Nah, Ella cuba sapu…” 


3. Menggalakkan bukan membebel
Ini mungkin petua yang paling penting. Apabila anak belajar buat pertama kalinya bagaimana memecahkan telur dan separuh daripadanya jatuh ke lantai, elakkan daripada marah sebaliknya cuba memahami bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. 

Elakkan daripada mengkritik secara negatif sebaliknya berikan galakan supaya mereka tidak takut untuk mencuba lagi dan lagi sehingga mereka menjadi mahir.

“Kesilapan ketika belajar memasak memang tidak boleh dielakkan, tetapi melalui kesilapan itu kita belajar bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul sehingga kita menjadi mahir.”

Elakkan daripada merungut tentang telur pecah yang mengotorkan lantai, sebaliknya ajar mereka untuk membersihkannya.

“Ella tolong ambik span itu dan mari kita bersihkan lantai ini sama-sama "

Berikan mereka peluang untuk mencuba lagi

“Boleh mama bagi cadangan? Ella boleh letakkan talam besar ini di bawah mangkuk.. Kalau telur pecah sebelum sempat Ella masukkan ke dalam mangkuk, ia akan jatuh ke dalam talam tersebut. 


4. Menyanyi atau berlagu
Ini lebih sesuai untuk anak-anak yang masih kecil. Jika kita ada CD lagu kanak-kanak tentang aktiviti mengemas, mungkin kita boleh pasangkan supaya anak-anak akan lebih ceria dan seronok. Jika tidak ada, mungkin kita sendiri boleh mencipta lagu dan senikatanya dan nyanyikan bersama anak-anak sambil melakukan kerja. Ia akan menceriakan keadaan dan kerja-kerja rumah akan menjadi lebih seperti permainan yang menyeronokkan.

Menyanyi sambil melakukan kerja juga adalah cara yang baik untuk menggalakkan perkembangan bahasa dan menarik perhatian. Bukan itu sahaja, muzik meningkatkan mood ceria , mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan perasaan bersantai.


5. Tunjukkan Penghargaan
Bagaimana perasaan kita jika usaha keras kita dihargai? Kita akan berasa puas hati, gembira dan seronok. Anak-anak kita juga akan merasai perkara yang sama. 

“Mama benar-benar menghargai kerja yang Ella lakukan. Apabila semua orang melakukan tugas dan tanggung jawab masing-masing, tentu rumah kita berada dalam keadaan yang kemas dan selesa. Terimakasih Ella. "

Penghargaan bukan sahaja membina harga diri anak-anak kita, bahkan ia juga boleh menjadi model bagaimana untuk mengucapkan terima kasih, rasa bersyukur dan menghargai orang lain.


6 Jangan menjadi lembut hati dengan aduan/alasan dan pujukan.
Anak-anak sering akan mengeluh apabila diminta untuk melakukan kerja mereka. Mereka akan memberi macam-macam alasan untuk mengelak seperti letih, tidak sihat, banyak kerja sekolah dan sebagainya. Alasan yang diberikan perlu kita teliti samada ia benar atau sekadar alasan untuk melepaskan diri. Kita perlu ada garis panduan untuk kekal fokus kepada matlamat iaitu mengajar anak-anak kemahiran hidup dan menjadi seorang yang bertanggung jawab. 

Apabila anak berkata:
“Mengapa asyik Ella aje yang kena buat kerja? Adik relax aje..tak payah buat apa-apa”

Kita boleh menjawab :
" Dalam keluarga ini, kita saling membantu antara satu sama lain”
" Papa dan mama cuba sebaik mungkin untuk memberi setiap orang dalam keluarga ini apa yang mereka perlukan.”
" Kadang-kadang Ella kena buat kerja lebih , kadang-kadang adik. "
" Kerja-kerja yang ditugaskan kepada setiap orang adalah mengikut tahap umur dan keupayaan masing-masing. Kerja yang mama suruh Ella buat ialah kerja yang Ella mampu buat sedangkan adik tidak mampu kerana dia masih kecil.”


Mengajar anak-anak membuat kerja rumah boleh membantu mereka untuk menilai diri mereka sendiri dan keupayaan mereka untuk menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar kepada diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat. Semuanya hendaklah bermula seawal yang mungkin, di peringkat mereka masih kecil.

Kelebihan Membaca Al-Quran


عَنِ النَّبَيِّ قَالَ : خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وعَلَّمَهُ
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)
Terdapat juga hadith yang yang bermaksud :
"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran dari hadith :
1. Sesungguhnya mempelajari al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain adalah sangat digalakkan dan dituntut oleh Islam kerana ia menjadi pendorong kepada perkembangan budaya al-quran kepada generasi akan datang.

2. Kepada yang tidak mahir dalam membaca la-quran dan ingin belajar walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak ketika membacanya, ia akan mendapat dua ganjaran pahala; pertama kerana membaca al-quran dan kedua beersusah payah dalam mempelajari al-quran.
3. Sebagai insan, kita tidak sepatutnya merasa hasad kepada manusia lain melainkan hasad kepada seseorang yang banyak membaca al-quran, hasad disini bermaksud, kita irihati kerana orang lain banyak membaca al-quran dan kita sedikit sangat membaca al-quran, oleh itu kita berusaha untuk memperbanyakkan membaca al-quran dari masa ke semasa.
4. Marilah kita berusaha untuk sentiasa membaca al-quran dari hari ke hari untuk menjadikan diri dan keluarga kita insan qurani yang sentiasa rindu untuk membaca al-quran dan seterusnya berusaha mempelajari dan memahami isi kandungnya.

Tuesday, April 22, 2014

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA)

TPPA stands for Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) and is also known as the Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement.  It is a multilateral free trade agreement currently being negotiated by 11 countries, led by the US. Malaysia is one of the parties negotiating in the TPPA. It aims to further liberalise the economies of the Asia-Pacific region.  Covering a broad spectrum of areas and has 29 chapters (and counting), some areas affect our public health, environment and courts system. It is labeled as a trade agreement but only 5 chapters are related to trade out of the 29 chapters
While ostensibly it is about trade, the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) goes far beyond the trade of goods and services. It will affect the health, social, economic, political, civic, educational and cultural future of Malaysia’s 28 million people.

Malaysia is currently negotiating the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) with the US and nine other countries to open up the economies of the Asia-Pacific and changing the way trade and investments are regulated in the region. The TPPA countries currently participating in the negotiations are Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, the United States, and Viet Nam.

They seek to conclude and sign the agreement by October 2013! So what’s wrong with the TPPA?
Keeping Citizens in the Dark

The negotiations and the negotiating texts (the documents that are used during the negotiations process) are secret, and all TPPA governments have agreed to continue the secrecy on the negotiating texts until four years after the deal has signed.

This means that if they sign the deal by end-2013, the earliest that the citizens of the eleven countries whose government leaders are signing in their names can see how the negotiations were carried out is late 2017 or early 2018 (or if negotiations break down permanently).

So they’re telling Malaysians, “We’ve written up this agreement for you. Don’t worry, we’ve drafted it with your interests and welfare in mind. But you cannot know what we’ve written until AFTER we’ve finished the negotiations on your behalf, and you cannot know how we negotiated its contents and how it will be interpreted, until four years AFTER it’s been in force.”

Would you allow such a document to be signed on your behalf? Wouldn’t you want to exercise your right to see the draft? To object to provisions you believe are objectionable? Or to reject the agreement altogether for being against your interests and welfare?

Foreign Investors Can Sue

There are proposals on the table to impose the Investor-to-State Dispute Settlement (ISDS) system, which will allow foreign investors to sue TPPA governments for any action—even action done to protect or promote public health, education, or the environment—if such action is seen as harming the investor’s rights.

Many cases prove that this can—and has—happened: After Canada banned methylcyclopentadienyl manganese tricarbonyl (MMT) because of concerns about its dangers to public health, for example, the government was sued by the MMT manufacturer—Ethyl Corporation—at an international tribunal, and subsequently had to pay compensation to the company and reverse the ban. The largest award to date that is publicly known is against Ecuador for USD 2.4 billion!

Furthermore, the investment chapter effectively empowers foreign corporations to ignore and override Malaysia’s domestic judicial, legal and parliamentary systems, its Federal Constitution and the unique and historical federal-state division of powers that Malaysia has developed over the decades. Other provisions could greatly restrict governments’ ability to balance the public interest and human rights against the private interests of corporations.

More Expensive Medicines

About 80% of the medicines that Malaysians consume are generic medicines, which are generally much cheaper and thus more affordable than ‘original’, patented medicines. For example, in Malaysia, patented medicines can be 1,044% more expensive than their generic equivalents. Malaysia already provides adequate protection for pharmaceutical companies’ research and products, which it seeks to balance against the need for affordable access to medicine and medical treatment.

With the TPPA, access to affordable, life-saving medicines for millions of people is under threat as it provides higher protections for the patents and clinical data of big pharmaceutical companies, makes it harder for generic companies to produce affordable generic medicines, and delays and restricts the access to generic medicines. This can happen through the proposals for:

-- EXPANSIVE PATENT PROTECTION for new forms, uses and methods of using known substances. These low patenting standards can extend pharmaceutical monopolies for minor variations on old products, including those that contribute nothing to efficacy.

-- PATENT TERM EXTENSIONS that stretch the duration of a patent beyond 20 years.

-- PATENT LINKAGE that prevents registration of generic medicines and facilitates abuse.

-- ELIMINATING SAFEGUARDS against patent abuse, such as pre-grant opposition.

-- BIASED PROCEDURAL REQUIREMENTS that presume challenged patents valid and measure damages by the patent holder’s assessment of value.

-- DATA EXCLUSIVITY that prevents health authorities from relying on clinical trial data to register generic versions of medicines.

-- BORDER MEASURES that could lead to unjustified seizures of generic medicines.

Generics Threatened

In 2004, the monthly cost of treating HIV patients were reduced from RM1,200 per patient to only RM200-220, after generic medicines replaced patented ones. As a result, 4,000 patients could be treated compared to only 1,500 previously. With the TPPA, cheaper generic medicines could be under threat.

Limits Access to Knowledge

The TPPA may extend the duration of copyright beyond the present 50 years after the death of the author (up to 120 years, if the US proposal is accepted). This would impact on library digitisation programmes, lead to removal of works already digitised from public access, restrict the re-use or use of out-of-copyright works; raise the prices of library materials; and lead to fewer purchase of works by libraries. It won’t be just libraries that are impacted, but also ordinary Malaysians and students, who want to photocopy a textbook, for example. The net result is that all Malaysian’s access to information and knowledge is affected, and there will be negative impacts on the research and education sectors.

Bars Internet Freedom

Internet Service Providers may be able to bar users from the Internet for violation of copyright.

Don’t Let Them Sign Away Our Future

The TPPA negotiations are seeing proposals put on the table that will negatively affect affordable medical treatment, environmental conservation and the ability to regulate numerous other areas in the public interest, It will instead maximise private corporate rights and interest at our expense.

Let’s stand in solidarity with other peoples and movements who are demanding that their rights to life, health, livelihood, equality, equity, food, environment, knowledge, traditional systems of life and livelihood not be jeopardized by the TPPA.

Let’s take action NOW before this unfair trade deal changes Malaysia and the lives of Malaysians forever.

10 SOALAN SEBELUM TUNANG

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Wednesday, April 16, 2014

MUTIARA KATA OLEH DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ


Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.


Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.


Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.


Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.


Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.


Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.


Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.


Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.


Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.


Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.


Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.


Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.


Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.


Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.


Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.


Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.


Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.


Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang.


Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.


Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda


Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.


Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.


Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.


Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.


Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.


Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.


Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...


Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.


Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.


Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.


Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.

Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.

Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.

Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.

Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.

Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.

Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.

Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.

Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.

Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.

Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.

Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.

Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan.

Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.

Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.

Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.

Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat.

Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.

Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.

Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.

Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.

Fikir itu kepalanya berkat.

Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.

Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.

Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.

Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak.

Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.

Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.

Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.

Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.

Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.

Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.

Perjalanan adalah sebaik-baik guru.

Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.

Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.

Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.

Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.

Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.

Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.

Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.

Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah.
Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.

Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.

Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.

Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.

Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung duni

Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.
Genggam bara api biar sampai jadi intan.

Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.

Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.

Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.

Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.

Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.

Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.

Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.

Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.

Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.

Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.

Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.

Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.

Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.

Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.

Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.

Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.

Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.

Maut juruintai yang tak pernah lalai.

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.

Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”

Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.

Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.

Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.

Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.

Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti
There was an error in this gadget
"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal