Followers

Saturday, February 19, 2011

DI SEBALIK SENYUMANKU..


Kehidupan yang di selangi dengan ujian ibarat hidup itu penuh dengan keindahan yang hanya akan dirasai oleh orang yang mengalaminya sahaja..susah untuk kita rungkaikan maksud disebalik senyuman seseorang…begitu juga aku iaitu hamba yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi untukl mencari hidayah ilahi…begitu susah untuk kita sangka apa hikmah di sebalik kejadian yang berlaku…

Kisah aku bermula masa aku tingkatan 3…aku hanya bersekolah di sekolah harian biasa..maklumlah aku amat malas semasa darjah 6 dulu,so result UPSR memang teruk la…masa itu aku merasakan kekurangan sesuatu dalam hidupku…apabila result PMR keluar, Alhamdulillah result aku ok laa jugak…aku aply masuk sekolah teknik..

entah kenapa perasaan aku ingin sekali ambik subjek akaun...apabila permohonan ku diterima,terus aku setuju untuk tukar sekolah…di sekolah teknik itu satu2nya mengamalkan pakaian mengikut sekolah agama…mula2 memakai jilbat, aku merasakan selamat..seperti dilindungi daripada mata lelaki yang selalu berfikiran nakal…kebetulan roomate aku dari sekolah agama, so aku banyak belajar daripadanya…

Seperti biasa aku aply untuk jadi pengawas sekolah, Alhamdulillah aku lulus temu duga…minggu orientasi untuk pengawas yang baru dilantik berjalan dengan lancar..macam2 yang aku belajar.terutama menjadi pengerusi majlis masa perhimpunan setiap minggu tu…itu lah pengalaman pertama aku, masa sekolah dulu jadi pengawas takdelah buat kerja macam sekarang….

Selepas itu aku dikejutkan dengan pilihan menjadi badan dakwah..kakak2 senior telah memilih aku sebagai badan dakwah..macam tak percaya je tapi itu la hakikatnya…aku mula rasa tanggungjawab yang aku pikul semakin berat…tapi Alhamdulillah aku banyak belajar agama dengan kakak badan dakwah n kawan2 dari sekolah agama. Semakin hari aku merasakan semakin lengkap apa yang ku rasakan kurang masa sebelum masuk sekolah teknik tersebut..

Dalam berpakaian juga mengubah aku menjadi lebih paham berpakaian mengikut syarak..memakai stoking juga baru aku tahu ianya “wajib”…dari situ banyak laa perubahan yang berlaku pada ku dan aku terimanya dengan senang hati…pada pertengahan tahun pula, aku mendapat khabar bahawa ayah ku operation mata..erm aku pon balik laa kat Pahang…melihat keadaan ayah aku, aku sedih jugak nak berpisah dengan nya…tapi nak buat macam ner aku belajar dekat Terengganu..nasib baik ada kakak tiri yang jaga ayah ku.walaupun hanya 1minggu aku balik tapi itu laa kali terakhir aku bersamanya…macam tak percaya yang itu laaa kali terakhir aku bergurau senda…jalan-jalan dengan nya..

Di tingkatan 5 aku semakin sibuk apabila aku dilantik menjadi exco asrama, menguruskan pelajar junior, masuk bahas ala parlimen dan kawad kaki….result aku semakin turun...disaat aku sibuk dengan semua aktiviti ini aku menerima satu panggilan dari abang ku, dia suruh aku balik ke Pahang, khabarnya ayah ku sakit tenat…dalam keadaan yang berdebar , aku hanya bertawakal je…hanya doa sahaja yang dapat aku lakukan di setiap saat perjalanan ku dari Terengganu ke Pahang.

Disaat aku sampai kira-kira pukul 10 malam, ayah ku telah nazak…aku bercakap dengan ayah aku dalam keadaan hiba dan menangis…tanpa sebarang kata, hanya air mata yang laju mengalir keluar..aku terus solat isyak dan solat hajat untuk ayah ku…abang ku membuat keputusan panggil ambulans apabila melihat keadaan ayah ku yang semakin teruk.tepat pukul 3.30am, ayahku disahkan meninggal dunia..aku hanya mampu memeluk abangku..seolah-olah tidak percaya..terasa baru semalam aku bergurau senda,jalan-jalan bersama dengan ayahku..aku terasa bersalah sangat kerana tak dapat jaga ayahku…tapi Alhamdulillah hatiku kembali macam sediakala..seolah-olah tiada apa yang berlaku,abangku pula telah dapat tawaran kerja perkapalan dekat sabah, terasa berat untuk melepaskan abangku pergi..tapi apakan daya , abangku memegang tanggungjawab untuk menyara hidupku dan ibuku..

Hubungan aku dengan ibuku semakin rapat semenjak aku pergi ke sekolah teknik itu.setiap minggu aku akan call ibuku. Apabila balik rumah, aku habiskan masa bersembang dengan ibu ku..semua aku cerita kat ibuku, ibuku memang sangat sedih sejak pemergian abang ku ke sabah. Jarang jugak leh berhubung dengan abangku..aku jugak kesian kat ibuku seorang di rumah tapi apakan daya, aku kena duk asrama sebab takde lagi lesen motor. Pada tahun 2009, hari ke dua ramadhan, sekali lagi aku diuji dengan kesakitan yang dihadapi oleh ibuku, mak ku tiba-tiba meracau-racau sakit perut, aku kebingungan. Nasib baik jiran ku menolong,terus panggil ambulans…rupa-rupanya ibuku kena apendik.selama seminggu aku duk hospital dan abang tiri ku turut menemani aku dan ibuku…

Dalam keadaan yang serba sederhana aku menyambut syawal dengan ibuku, walaupun sedih abang ku terpaksa raya di perkapalan. Sepanjang ibuku sakit, aku banyak menguruskan rumah serta memasak, dulu jarang sekali aku masuk dapur untuk menolong ibuku masak tapi Alhamdulillah aku boleh memasak walaupun dulu belajar hanya dengan melihat apa yang dibuat oleh ibuku, sebenarnya aku lebih suka tinggal di asrama sebab apabila balik rumah, aku sunyi..hanya ibuku sahaja tempat aku bersembang. Keadaan ibuku semakin teruk, macam-macam penyakit yang muncul..hanya ALLAH yang mengetahui apa yang aku raskan disaat itu.

Pernantian kepulangan abangku sampai penghujungnya, aku terasa senang hati dengan kepulangan abangku. Kepercayaan abangku menjaga makku kembali menenangkan ku di asrama. Aku kembali focus SPM yang hamper tiba, cikgu-cikgu banyak membantu ku ulangkaji apa yang aku tertinggal. Alhamdulillah aku selamat menjawab SPM dengan tenang hati. Dengan nasihat dan dorongan guru-guru, aku kembali semangat untuk belajar. Terutama ustazah yang banyak menberi bimbingan dan nasihat yang tak putus-putus dan juga sahabat- sahabat ku yang sentiasa membuat aku ceria dengan lawak dan gelagak yang membuat aku terlupa sebentar dengan semua kesedihan itu.

Masa itu, ibuku nampaknya semakin sihat dan gembira dengan kepulangan abangku. Abangku membeli kereta, aku terkejut jugak, tak sangka murahnya rezeki kami disaat itu. Aku juga turut gembira dengan keceriaan muka di wajah ibuku. Abangku amat memanjakan ibuku, semua apa yang ibuku nak, abangku akan membelikan terutama makan makanan yang mahal yang sebelum ini belum pernah ibuku rasai. Tetapi malangnya, selera ibuku dah berkurang. Nasi langsung tak nak makan. Hanya makan bijiran dan susu.

Cuti SPM telah bermula, abang ku menyuruh aku ambil lesen dan kelas computer. Sebelum abangku kembali belayar, abangku telah menambahbaik rumah kami yang sebenarnya itu rumah arwah nenek ku kerana untuk memudahkan mak ku ke tandas tanpa turun tangga. Kegembiraan ibuku kembali hilang apabila abangku dipanggil untuk bekerja tapi Alhamdulillah kali ini dekat sikit iaitu di Kemaman. Aku mula meneruskan tugas ku seperti biasa di rumah. Setiap kali aku meninggalkan ibuku seorang diri di rumah untuk ke kelas computer, aku hanya berserah pada ALLAH untuk menjaga keselamatan ibuku semasa ketiadaanku di rumah.

Abang tiri ku semakin hari semakin cemburu dengan abangku, dia mula kurang menjaga ibuku dan menyerah semua tanggungjawab kepada ku. Aku masih ingat disaat ibuku deman teruk dengan meracau-racau, aku meminta bantuan abang tiri ku untuk menghantar ibuku ke hospital dengan menggunakan kereta abangku, dia kata dia tak nak bawak kereta orang dan mencabarku membawa kereta itu walaupun pada masa itu aku masih belum test jpj. Aku menjadi benggang dengan sikap abang tiriku itu serta bimbang dengan ibuku, lalu aku meminta sahabatku lela untuk membantuku membawa ibuku ke hospital. Dalam keadaan yang tak percaya aku Berjaya membawa kereta itu sampai ke hospital.

Seperti biasa,ibuku ditahan wad. Bermula la macam-macam penyakit yang ada pada ibuku. Masa itu hospital seperti rumah ke dua ku. Masih aku ingat semasa ibuku dapat keluar hospital,ketika itu aku keseorangan, semua orang memandangku ketika aku mengangkat ibuku ke dalam kereta, terasa macam nak menangis disaat itu tapi aku kuatkan diri supaya tak nak ibuku Nampak aku menangis. Dan dalam perjalanan itu juga aku terserempak dengan polis yang baru nak mula buat pemeriksaan lesen. Alhamdulillah aku terselamat dari terkena tahan,lau tidak, esok aku pasti tak leh test jpj. Alhamdulillah aku Berjaya lulus test jpj kereta dan motor. Pergerakan ku mula terasa senang sedikit dengan adanya lesen. Aku mula membawa ibuku jalan-jalan serta turut membawa sahabat-sahabatku. Walaupun setiap kali membawa ibuku jalan-jalan, pasti apabila pulang ibuku akan demam dan aku sudah bersedia untuk menjaga ibuku walaupun terpaksa tidur lewat,. Aku tak kisah, asalkan ibuku gembira.

Alhamdulillah aku mendapat result yang boleh membantu aku meneruskan pengajian ku. Aku mendapat tawaran ke kolej matrikulasi perlis. Ibuku tak membantah malah menyokong ku untuk sambung belajar walaupun ianya jauh. Sebenarnya aku keberatan untuk meninggal ibuku, tapi apabila abang ku dah kata akan menjaga ibuku sebab dia dah dekat habis kontrak dia..aku rasa lega sangat.

Sepanjang aku berada di matrikulasi ini, aku banyak mendapat ilmu terutama ilmu agama. Perubahan ku semakin hari semakin banyak… dan hubungan ku dengan mak serta abang semakin rapat..abangku seorang yang suka tanggung masalah sendiri dan dia tak nak aku susah hati..setiap kali mak sakit, dia takkan bagitau kat aku..dia hanya nak aku focus stdy..urm tapi aku tahu walaupun dia sembunyi…

Aku telah menyertai pemilihan kawad kaki KAKOM. Alhamdulillah aku terpilih…semasa aku pergi ke kolej matrikulasi johor untuk bertanding kawad kaki tersebut,belum sempat aku bertanding, aku diuji lagi, abang ku telah mengkhabar berita yang ibuku sakit tenat…hanya ALLAH yang mengetahui perasaanku ketika itu. Rupa2nya ini laa sebab aku rasa tak tenang ketika membuat latihan kawad tadi.. Cikgu syakirin iaitu cikgu kawad ku bersama cikgu kamarol membantu ku untuk balik..ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah yang membantu aku hantar ke KL untuk naik bus balik…mula2 hendak naik flight,tapi dah penuh… hanya doa sahaja dapat ku lakukan ketika itu supaya aku sempat jumpa ibuku..

Alhamdulillah apabila aku sampai, ibuku dah ok sedikit…rupanya ibu ku terlalu rindukan ku,sedih sangat…dan ketika itu, baru ku tahu abang tiriku bergaduh dengan abangku…ya allah……..tak ku sangka begitu dalam rasa cemburu abang tiriku pada abangku.. sampaikan abangku dipukul, di acunya pisau untuk membunuh abangku..alangkah terkejutnya aku. Abangku yang tak berani nak lawan kerana menghormati dia sebagai abang, abangku tak tahan terus membawa ibuku ke rumah mak ngah ku. Ketika aku sampai, abang tiriku menyuruh abang ku membawa ibuku pulang ke rumah pula…aku tidak terkata dengan apa yang kulihat.. besar nya ujian ini ya ALLAH………...abang tiri ku pula menuduh aku pentingkan diri sendiri, lepas tangan untuk tak menjaga ibuku. Ya ALLAH……….. tuduhan melulu itu membuat aku putus asa untuk teruskan pengajian ku..tapi abang ku tak benarkan aku berhenti. Dalam keadaan yang tertekan itu, aku pulang ke KMP, hanya doa sahaja yang dapat aku lakukan..

Bulan ramadhan disambut dengan rasa sayu dihati…walaupun heppy dengan pelbagai aktiviti bersama PUSAT ISLAM di KMP, aku tak sabar hendak balik cuti merdeka ini.. rupa-rupanya itu laa kepulangan yang terakhir untuk berkongsi cerita, gelak ketawa, dan sembang bersama ibuku… seminggu selepas kepulanganku ke KMP dan esokkannya adalah hari kepulangan ke kg untuk bercuti raya, aku mendapat panggilan dari abangku yang ibu ku sesak nafas….ya ALLAH………… ketika itu aku baru mula nak solat tarawih….ya ALLAH, hanya ALLAH yang mengetahui perasaan ku ketika itu… sekali lagi aku terhutang budi pada cikgu syakirin n semua felo2 terutama PN.HANITAH, kebetulan PN Hanitah hendak balik raya ke Terengganu..

Sampai sahaja di hospital kuala Terengganu, aku melihat ibuku dalam keadaan tak sedarkan diri..ya ALLAH, abangku bagitahu yang ibuku telah koma 2hari….PN Hanitah memelukku dengan erat…aku tak terkata apa-apa..3 hari lagi hendak raya, tapi tiada erti bagi ku.. pada malam 2hari sebelum raya, ibuku masih belum sedar.. abang tiriku datang melihat ibuku…dia seolah-olah tidak sedar apa yang dikatakan…ya ALLAH, dia gelak sorang2… dan mengacau nurse..macam orang tak siuman..aku macam tak percaya..abangku pula meninggalkan aku dengan abang tiri ku sebab abang tiri ku menghalau dia..aku sebenarnya amat takut melihat keadaan abang tiriku, hanya tawakal pada ALLAH sahaja. Dalam pukul 4 pagi, abang tiri ku masih tak balik, dia cakap yang bukan2..sekjap suka,sekejap nangis dan baca yasin untuk ibuku…aku tak tahan dengan kelakuan tersebut, aku masih menunggu abangku naik ke wad tersebut.. hanya bacaan yassin sahaja yang dapat aku lakukan..

Dalam pukul 6 baru lah abangku naik ke wad..apabila abangku sampai,terus abang tiriku lari…selepas solat subuh, aku tidur la ditepi kaki ibuku…apabila aku terjaga, mesin di tepi katil ibuku berbunyi!!!!____________, doctor cepat-cepat datang cek, dan aku masih kebingungan kerana baru bangun tidur….tepat jam 8.15 am,09/09/2010 iaitu sehari sebelum raya, ibuku telah kembali ke RAHMATULLAH…aku terduduk atas kerusi…seolah-olah macam tak percaya… abangku sibuk dengan call semua keluargaku, aku turut inform kat sakinah,sahabat baikku dan terus call abang tiriku…dia memaki hamun padaku….air mata ku mulai jatuh ke pipi…ustazah iaitu mak sakinah serta sakinah sampai..aku tak tahan mendengar maki hamun itu lalu ku serahkan hp ku kepada ustazah……..terus ku cium dahi ibuku…

Ya ALLAH……..itukah balasan orang yang menderhaka kepada ibu nya??? Abang tiri ku telah mengamuk….nyaris membakar motor dihadapan rumah ku….jiran telah call polis keran ketakutan melihat kejadian tersebut serta setiap hari bawak parang dan menakut-nakutkan orang kg…malam ke-7 tahlil ibuku, abang tiriku kena tangkap polis…rupa-rupanya dia ambil overdos dadah menyebabkan dia tak sedar apa yang dilakukan….aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan abang tiriku itu..semoga dia insaf…

Raya bagaikan tiada erti…berlalu pergi meninggalkan kenangan yang tak dapat aku lupakan….
Macam tak percaya selepas itu, hati ku tenang tanpa rasa sedih di atas pemergian ibuku..aku tidak menangis, seolah-olah tiada perasaan..semua orang memandangku ketika aku menbacakan yassin kepada ibuku buat kali terakhir sebelum dikebumikan..


Ya ALLAH , sungguh besar rahmat-MU…memberiku kekuatan untuk menghadapinya…aku percaya dan sangat yakin dengan firman ALLAH:
Maksudnya: “ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (surah al-Baqarah, ayat 286.)


Aku menghadapi ujian ini dengan hati yang tenang sebab aku yakin ujian ALLAH ini aku mampu hadapinya….. Alhamdulillah, ALLAH member kekuatan padaku untuk meneruskan kehidupan..


Coretan ini bukan laa untuk mendapat simpati daripada semua, tetapi sebagai pedoman dalam kehidupan semasa menghadapi ujian ALLAH…cerita ini kukongsikan kepada semua untuk menunjukkan ALLAH itu tidak membebankan kita dengan ujian yang xmampu kita hadapi…ana banyak menpelajari daripada apa yang ana lalui dan ternyata laa setiap kesedihan yang aku lalui ade nikmat disebaliknya…kini ana ketahui kenapa ALLAH menguji ana dengan ujian seberat ini…dan ALLAH gantikan dengan nikmat rezeki yang tidak putus-putus serta ketenangan hati…ALHAMDULILLAH, ana bersyukur sangat kerana ALLAH menguji ana yang menyebabkan ana lebih dekat dengan NYA.. perubahan yang ana lakukan kini adalah petunjuk yang ALLAH kurniakan pada ana…mudah-mudahan ia menjadi petunjuk kepada anda semua untuk menghadapi cabaran dugaan yang bakal ditempuhi..


Sahabatku,
Ingatlah
Dunia ini hanya sementara,
Bukan tempat untuk bersuka ria,
Tapi tempat persinggahan yang penuh dengan ujian.
Untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA,
Ganjaran diterima,
Syurga atau neraka,
Kita yang menentukannya…

Senyumlah sahabatku andai kau menghadapi dugaan dan ujian ALLAH…sesungguhnya senyuman mu itu akan mengubat hati mu dan hatimu akan kembali tenang…insyaALLAH….




No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal