Followers

Friday, September 16, 2011

pengalaman baru di UTeM..^_^

kisah ku seorang remaja yang hampir meningkat dewasa...bermula kisah aku menjadi dewasa...tiada aku sangka, tempat aku untuk meneruskan pelajaran di UTeM(Universiti Teknikal Malaysia Melaka)..Alhamdulillah...aku masih berpeluang sambung belajar dan tergolong dalam kalangan 30% yang dapat melanjutkan pelajaran...mungkin di saat aku mendapat tawaran ini, hati aku di ulit kesedihan...sedih sebab di saat aku ingin melangkah kaki ke menara gading, aku keseorangan..kegembiraan yang selalu aku impikan dulu bersama ibuku kini hanya kenangan...tidak sempat aku memeluk ibu ku dan berkongsi kegembiraan ini...xsempat aku ingin membuat ibuku bangga dengan kejayaan aku...Dia pergi... meninggalkan aku bersama abangku...

hati ini makin sedih apabila abang aku tidak dapat bersama aku pergi daftar..nasib baik ada bakal kakak ipar aku yang sangat baik terhadap aku menawarkan diri untuk menghantar aku...aku bersyukur sangat kerana mempunyai seorang sahabat yang bakal menjadi bakal kakak ipar aku..kebetulan cucu paksu aku dapat UTM Skudai, Johor..abang aku suruh aku membawa keretanya ke Johor...follow cousin aku.pengalaman pertama aku memandu dari Kuala Terengganu ke Johor...

Alhamdulillah aku selamat berdaftarkan diri di UTeM...walaupun hati ini still sedih sebab sekali lagi aku merasakan seorang diri menjejakkan kaki ini...

hari berlalu dengan pantas..sudah sebulan aku disini..alhamdulillah aku semakin hari semakin selesa dengan kehidupan di sini...semoga pengalaman aku disini memberi seribu satu erti dalam hidup ku...insyaALLAH...
"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal