Followers

Sunday, April 24, 2011

wanita yang indah^_^

Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, April 20, 2011

teruskan kehidupan...

Alhamdulillah...segala puji bagi ALLAH...kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya disini lagi...berkongsikan cerita dan pengalaman ana pada semua untuk dijadikan pedoman buat semua...

syukur sangat kerana ana still diberi peluang untuk terus hidup di dunia yang mencabar ini...Alhamdulillah...

Hari ini bermula lah kisah ku seorang perantau...semakin banyak yang aku fikirkan apa yang akan aku buat selepas ini...entah kenapa hati ini semakin sayu apabila mengingati kisah ku yang lalu...teringat kenangan bersama ibu dan ayahku..aku selalu terfikir kemana aku selepas ini???

Hidup seorang perantau...hanya senyuman yang tak lekang dari bibirku hanya laaa penyedap hatiku supaya sentiasa heppy walaupun hati ini seolah-olah tiada perasaan lagi...entah laa..

Hati aku binggung..kemana aku selepas ni???aku mahu tinggal dengan siapa??adakah aku akan menyusah saudaraku jika aku tinggal dengannya??

Soalan demi soalan yang muncul dalam fikiran ku...tidak terhenti selepas habis exam PSPM...aku ingin hidup sendiri..berdikari sendiri tanpa menyusahkan orang lain...tapi bila difikirkan balik, aku hanya seorang wanita yang lemah..penuh dengan cabaran dan kelemahan diri...

Kawan2 ku cadangkan supaya aku kahwin...kahwin?hahahahhaha aku hanya mampu tergelak...jawapanku hanya lah "belum tiba masanya"...

Sekarang aku membuat keputusan untuk kerja bagi mengisi masa kosong selama hampir 4 bulan....ya ALLAH, kuatkanlah hamba-Mu ini untuk meneruskan perjuangan ni....amin^_^...
"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal