Followers

Friday, October 21, 2011

Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia..



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu...


CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Wednesday, October 5, 2011

keliru~~~~~

keliru..mungkin perubahan aku dulu dan sekarang amat ketarA....apa yang harus aku lakukan????baru sekarang aku paham erti pakaian di sebalik keimanan..bukan pakaian yang menjadi ukuran kepada keimanan seseorang...sekarang aku masih mencari ilmu dan iman..bukan hanya berpakaian seperti banyak ilmu...aku masih cetek dalam ilmu agama...mungkin apabila aku berpakaian seperti itu aku akan dianggap banyak ilmu...aku malu....masih banyak yang aku x tahu....(....

apabila aku membuat keputusan dengan berpakaian biasa(still tutup aurat) ramai yang mencela ku...mengutuk aku...diorang ibarat xdapat nak terima aku macam sekarang..diaorang ingat aku ni berpura-pura alim or pe tah lagi yg diorang kata...sedih kan? seorang yang baru nak berubah dari hati bukan hanya pakaian..mungkin aku terlalu ikot kawan2 dalam berpakaian(tudung labuh)..tapi sekarang aku dah paham..so kenapa ramai xleh nak terima??bukan aku saja2 or mudah terpengaruh dengan orang lain tapi aku ingin jadi seperti orang yang menjadi diri sendiri dan berpakaian mengikut syarat bukan hanya pakai yang alim2 untuk nampak alim..itu yang aku nak korang paham.

nampaknya ramai lagi yang xpaham...apa yang aku lalui ini baru aku paham bukan mudah untuk melakukan perubahan..penuh dengan dugaan...sapa yang paham apa yang aku luahkan ini????

mungkin dulu aku pakai jilbat...walau sekejap sahaja tapi ia masih indah di hati...insyaALLAH satu hari apabila aku btul2 sedia...akan ku kembali..agar aku lebih yakin dan itu yang aku kejar selama ini..tapi bukan semudah itu untuk aku kembali laagi...sekarang hidup aku lebih suka akan kesederhanaan(dalam menutup auraT) bukan untuk menunjuk atau sekadaR fesyen..bukan ingin diperhatikan...dengan hati yang ikhlas untuk mencari redaMU YA ALLAH, AKU MOHON PADAMU AGAR KAU BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK AKU HADAPI DAN MNCARI KETETAPAN HATI INI UNTUK TERUS HIDUP KERANA MU...

mungkin senang orang yang berkata-kata tapi hanya yang lalui sahaja akan paham apa yang aku rasa...aku bukan menolak pakai or kata jilbat itu banyak ilmu r bangga diri r tunjuk alim r pe pe pon...tapi hati kena jaga..agar aku xterpesong dengan semua itu.aku masih cuba mendidik hati ini agar tiada sebab lain selain ALLAH SWT apabila aku memakainya nanti..INSYAALLAH...

sahabat yang membaca warkahku ini, aku mohon korang semua doakan untuk aku yup untuk mencari kekuatan dan terus mencari ilmu agama agar aku lagi kuat untuk teruskan apa yang aku niatkan ini...mudah-mudahan apa yang aku tulis ini dapat menentramkan jiwa ku ini...amin...

Sunday, October 2, 2011

AJK DEBAT ALAM SEKITAR (UTeM)



- AJK DEBAT ALAM SEKITAR ^_^ -

Minggu lepas (23 - 27 september 2011) 1week aku x masuk kelas coz sibuk dengan menjadi ajk debat, kebetulan UTeM menjadi tuan rumah pertandingan tersebut...huhuhu aku jadi LO, u yang aku jaga ialah UIAM...huhuhu u impian ku dahulu tapi tidak kesampaian...urm xder rezeki untuk masuk u tersebut..rezeki aku di sini...UTeM...^_^

Alhamdulillah aku dapat menjalankan tugas aku dengan sebaiknya...pengalaman pertama menguruskan pertandingan debat...yang paling best mestilah sebab dapat alaun..hehhehehe n dapat makan free plak tu..hak3 tapi sebenarnya apa yang ternilai yang aku dapat dengan menyertai aktiviti ini sudah tentu pengalaman dan kawan2 baru...huhuhu kerjasama yang diberi oleh semua ajk menyebabkan perjalanan program ni berjalan dengan lancar...

Alhamdulillah budak2 UIAM semuanya baik-baik n xsombong...diorang semua memang hebat laaa...tapi sedih jugak dia xdapat nak ke peringkat akhir..hanya sampai ke peringkat separuh akhir..kalah dengan USIM..tapi xpe, diorang menang tempat ke-3 n ketua diorang dapat pendebat terbaik liga....ini membuat diorang heppy sgt...huhuhu aku pon turut hepy...





^_^-ni laaa gambar aku dengan diorang-^_^






^_^-dinner-^_^

Pengalaman ini adalah salah satu pengalaman yang terindah dalam hidup aku...semoga ukhuwah ini terus terjalin sampai akhirnya...insyaALLAH...
There was an error in this gadget
"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal