Followers

Tuesday, April 17, 2012

Aurat Wanita(Beza Antara Jilbab, Khimar Dan Hijab)


Apa itu aurat?
Dalam Syarah Sunan Ibnu Majah juz 1/276, disebutkan, bahwa aurat adalah kullu maa yastahyii minhu wa yasuu'u shahibahu in yura minhu (setiap yang menyebabkan malu, dan membawa aib bagi pemiliknya jika terlihat)".
Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting di dalam al-Quran yang mempunyai maksud berbeza iaitu:
  • Jilbab (Al-Ahzab: 59),
  • Hijab (Surah al-Nur)
  • Khimar (Surah al-Nur: 31)Ikuti penerangan di bawah.

Dipetik daripada novel Sebarkan Cinta-Mu"Ummu Qasdi:

Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat.

Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.\

"Qasdi : Hmm, balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.

Ummu Qasdi : Saya cuma ingin berdiskusi bukan kritik-mengkritik.

Qasdi : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam memenjarakan wanita dengan memerintahkannya bertudung? Ia ajaran Islam atau hanya tradisi?

Ummu Qasdi : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga di minda anak-anak gadis yang lain.

Ummu Qasdi : Bagi Orientalist, hijab itu cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.

Qasdi : Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.

Ummu Qasdi : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.

Qasdi : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Bara sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.

Ummu Qasdi :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya, kita mesti mengutipnya kembali.

Qasdi : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?

Ummu Qasdi : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.

Qasdi : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki. Bukankah ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya masih tidak meninggalkan hijab saya.

Ummu Qasdi : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.

Qasdi : Sila jelaskan hujah awak.

Ummu Qasdi : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud,"Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin,'Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.'"

Surah Al-Ahzab, ayat 59.QasdI : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayat ma zoharo minha (apa yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.

Ummu Qasdi : Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.

Qasdi : Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki dalam hal ini?

Ummu Qasdi: Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan persamaan secara mutlak.

Qasdi :Kenapa?

Ummu Qasdi :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?

Qasdi : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.Ummu Qasdi: Bijak!

Qasdi : Terus...

Ummu Qasdi: Bagaimana Islam boleh memberikan persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas melahirkan itu diletakkan kepada wanita.

Qasdi : Itu terlalu jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?

Ummu Qasdi: Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur?Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang perlu dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?

Qasdi : Berbalik pada soal hijab...

Ummu Qasdi: Hijab atau jilbab?

Qasdi : Bukankah ia sama?

Ummu Qasdi : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab lebih spesifik.

Qasdi :Jilbab dan khimar?

Ummu Qasdi: Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Islam sebagai agama sedunia (a'lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia tidak bercanggah syariat.

Qasdi :Khimar pula?

Ummu Qasdi : Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur.

Qasdi : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat?Adakah sempurna auratnya ditutup?

Ummu Qasdi : Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.

Qasdi : Kalau begitu, bicarakan pula hijab dengan definisi yang luas.

Ummu Qasdi: Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.

- Artikel iluvislam.comUstazah Fatimah Syarha merupakan penulis novel tauhid di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal