Followers

Thursday, January 1, 2015

Boleh Ke ad Crush?


Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.

Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

“Rindunya crush saya….”

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”

Lalu di jawab:

“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”

Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”

Cinta sebeginilah yang Allah redha!

Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?

Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!





KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?

Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…

Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim,orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.

Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.




 NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

PERTAMA:

Jami’ bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela...”

Lepas tu Said berkata:

“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”

KEDUA:

Imam Alghazali cakap:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!

KETIGA:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)

“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”
(Ibn Qayyim)

KEEMPAT:

Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:

“Kenapa laki ni mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta,
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”

****

Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG

Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.

Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!

Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.

Akhirnya, islam kalah!!!

Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!

Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?

Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?

Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.

Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.

Wallahua’lam.

Info from Tarbiah Sentap

Tuesday, November 25, 2014

Fantasi atau realiti cinta sejati?

Assalamualaikum...Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog..hari ni ana nak berkongsi sedikit pengalaman.. pengalaman cinta..

Mengikut blog cinta dalam islam.
Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya.
Jika tidak, boleh merosakan.
Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara
dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.

Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi
benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah.

Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki
perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan.

Namun,
seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya.

Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan
cubaan yang menimpanya.

Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin.

Namun, mereka putus di tengah jalan.

itu lah aku..cinta yang seringkali putus ditengah jalan..soalnya adakah aku yang memilih atau itu bukan jodoh ku? persoalan yang sering bermain di dalam fikiran ku.

Kebanyakan dalam hubungan banyak fantasi semata mata..tapi reality jauh panggang dari api..itu memang benar.. I love u to the moon..i miss u.. I want u to be my future wife...everyday you say to me..and at the end when I ask u, do u truly love me? then u say "mulut kata sayang tapi belum sampai ke hati". So semua ini hanya fantasi????Apa yang ana aspect selama ini hanya lah angan angan iaitu fantasi yang tidak mungkin ia menjadi reality. u said u want booking my heart but when I ask to be honest about your love me or not, u say like this! so what do u aspect from me? only need me when u r bored? only need a romance before u find your true love? patut ke u ajak I dating after u say to me like this??

Ana confuse. perlu ke ana setia dengan cinta yang nampaknya mudah goyah? Cinta yang hanya ingin disayangi buat sementara... ana bukan mahu lebih tapi paling ana benci adalah cinta permainan...yg hanya mahu memuaskan nafsu semata-mata..bukan cinta sejati....  kesimpulannya cinta sejati susah dicari dan cinta faking mudah didapati

Sekian dari ana.. doc.

 

Wednesday, May 21, 2014

PASAL KAHWIN



ASSALAMUALAIKUM...
hari ini aku ingin meluah sedikit sahaja pandangan terhadap keputusan untuk berkahwin..mungkin orang berfikir aku ini macam tak sabar hendak kahwin tapi itu lah lumrah kehidupan..normal lah bila sudah sampai berfikiran matang dan usia juga menjadikan salah satu sebab untuk ke arah itu.
hidup berpasangan banyak tapi pasangan seperti apa yang kamu ingin kan?tanya sama hati...
mungkin bercouple itu lebih kamu suka namun sampai bila kamu mahu couple?
bila kahwin pula ramai yang bercerai. atas dasar apa kamu berkahwin? 
mungkin aku tidak layak comment isu ini sebab aku masih belum berada di situasi kamu..namun bak kat UIA, jika tiada niat untuk taat, jangan kahwin!jangan tempah kesusahan di akhirat...
betul tu! buat apa kahwin kalau niat untuk mencari lebih dari satu!
kalau couple aku tak heran lah nak pasang sepuluh pun..tapi bila kahwin aku hilang kata...
bagi aku, kahwin biar lah berdasarkan kerana agamanya bukan kepada harta, rupa paras..itu semua duniawi yang bersifat sementara. betul-betul ikhlas ke kita kepada pasangan kita? hanya kerana rasa cinta tersangat sanggup lupa DIA?jangan lupa soal jodoh, rezeki hidup mati ditangan Nya.. so kita perlulah beriman dan memberi kepercayaan kepadaNya sepenuh hati.
nak kahwin boleh, tapi tanya diri sebelum terima lamaran dah buat solat istighkarah belum? 
mungkin orang mengabaikan solat sunat ini namun bagiku ia sangat berharga..bagi menentukan siapa yang sebenarnya jodoh kita. tidak lah timbul tak sampai sebulan dah bercerai kan?
macam aku juga, nak mencari teman bukan senang, bukan memilih tapi jika kena caranya melamar dan jika itu jodoh ku pasti akan aku terima dengan hati yang terbuka..dan sekarang aku cuba berusaha mempraktiskan dan belajar untuk ke arah itu. InshaALLAH.. 

-doktorcintamuslimah92-

TENTANG CINTA ^_^


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi 


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. 



Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” 



Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. 



Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. 



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. 



Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 



Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 



Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. 



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. 



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka 



Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. 



Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. 



Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. 
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. 



Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. 



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi. 



Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. 



Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! 



Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. 



Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka 



Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. 



Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya 



Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. 



Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. 



Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. 



Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie) 

Wednesday, April 23, 2014

Petua bagi menggalakkan anak membuat kerja.

Salah satu cara mudah untuk membantu anak-anak berkembang menjadi prihatin, bertimbang rasa dan bertanggungjawab apabila mereka dewasa adalah dengan memberi mereka tugas melakukan kerja-kerja rumah. Melalui tugas itu juga mereka belajar tentang kemahiran-kemahiran hidup yang akan diguna pakai apabila mereka telah mula hidup sendiri dan jauh daripada kita seperti apabila mereka melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan sebagainya.

Namun, sering juga kita berhadapan dengan kerenah anak-anak yang liat apabila diminta untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah.  Ibu bapa perlu bertindak bijak untuk mengatasi kerenah ini. Menjadi sifat semula jadi manusia bahawa kita perlu berasa dikehendaki atau diperlukan dalam sesuatu kumpulan begitu juga anak-anak kita, mereka perlu berasa dikehendaki atau dipandang penting dalam keluarga. Anak-anak ingin tahu bahawa mereka menjadi sebahagian daripada ahli keluarga yang diperlukan untuk menjaga rumah supaya semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak yang dihargai di dalam rumah kerana membantu, mereka menjadi kurang cenderung untuk beralih kepada rakan-rakan untuk mendapat pengesahan dan semangat kekitaan.

Berikut ialah enam petua bagaimana menggalakkan anak-anak  untuk membantu dan menjalankan tugas-tugas di rumah.


1. Permintaan yang khusus
Jika anak-anak sukar untuk bekerjasama, kita boleh cuba memberikan mereka tugas yang lebih konkrit atau mempunyai tempoh masa yang terhad.

Daripada : "Kemaskan ruang tamu."
Cubalah: "Setiap orang perlu ambil dan simpan 10 mainan yang berselerak di ruang tamu.”
Daripada : "Kemas kain baju yang berselerak di bilik kamu."
Cubalah: " Mama nampak macam ada 5 helai baju yang perlu kamu gantung di dalam almari.” 
Daripada : “Kutip kain baju yang perlu dicuci.”
Cubalah: “Mama perlukan bantuan kamu selama 15 minit untuk mengutip semua pakaian yang perlu dicuci daripada semua bilik. Sekarang pukul 7, dan pada pukul 7.15, kamu boleh bermain di luar. "


2. Ambil masa untuk melatih
Anak-anak masih kurang kemahiran. Mereka tidak dilahirkan dan secara automatik pandai menyapu lantai dan mencuci pinggan. Wajar kita menunjuk ajar mereka melakukan sesuatu dengan cara yang menyeronokkan. 

" Okay Ella, masa untuk belajar  menyapu. Dah sedia? Jom kita cuba. Pertama, kita tarik kerusi-kerusi ni keluar dari bawah meja supaya kita boleh sapu di bawah meja dengan mudah.  Kemudian kita ambil penyapu dan sapu seperti ini. Kita sapu hingga ke sudut itu. Nah, Ella cuba sapu…” 


3. Menggalakkan bukan membebel
Ini mungkin petua yang paling penting. Apabila anak belajar buat pertama kalinya bagaimana memecahkan telur dan separuh daripadanya jatuh ke lantai, elakkan daripada marah sebaliknya cuba memahami bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. 

Elakkan daripada mengkritik secara negatif sebaliknya berikan galakan supaya mereka tidak takut untuk mencuba lagi dan lagi sehingga mereka menjadi mahir.

“Kesilapan ketika belajar memasak memang tidak boleh dielakkan, tetapi melalui kesilapan itu kita belajar bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul sehingga kita menjadi mahir.”

Elakkan daripada merungut tentang telur pecah yang mengotorkan lantai, sebaliknya ajar mereka untuk membersihkannya.

“Ella tolong ambik span itu dan mari kita bersihkan lantai ini sama-sama "

Berikan mereka peluang untuk mencuba lagi

“Boleh mama bagi cadangan? Ella boleh letakkan talam besar ini di bawah mangkuk.. Kalau telur pecah sebelum sempat Ella masukkan ke dalam mangkuk, ia akan jatuh ke dalam talam tersebut. 


4. Menyanyi atau berlagu
Ini lebih sesuai untuk anak-anak yang masih kecil. Jika kita ada CD lagu kanak-kanak tentang aktiviti mengemas, mungkin kita boleh pasangkan supaya anak-anak akan lebih ceria dan seronok. Jika tidak ada, mungkin kita sendiri boleh mencipta lagu dan senikatanya dan nyanyikan bersama anak-anak sambil melakukan kerja. Ia akan menceriakan keadaan dan kerja-kerja rumah akan menjadi lebih seperti permainan yang menyeronokkan.

Menyanyi sambil melakukan kerja juga adalah cara yang baik untuk menggalakkan perkembangan bahasa dan menarik perhatian. Bukan itu sahaja, muzik meningkatkan mood ceria , mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan perasaan bersantai.


5. Tunjukkan Penghargaan
Bagaimana perasaan kita jika usaha keras kita dihargai? Kita akan berasa puas hati, gembira dan seronok. Anak-anak kita juga akan merasai perkara yang sama. 

“Mama benar-benar menghargai kerja yang Ella lakukan. Apabila semua orang melakukan tugas dan tanggung jawab masing-masing, tentu rumah kita berada dalam keadaan yang kemas dan selesa. Terimakasih Ella. "

Penghargaan bukan sahaja membina harga diri anak-anak kita, bahkan ia juga boleh menjadi model bagaimana untuk mengucapkan terima kasih, rasa bersyukur dan menghargai orang lain.


6 Jangan menjadi lembut hati dengan aduan/alasan dan pujukan.
Anak-anak sering akan mengeluh apabila diminta untuk melakukan kerja mereka. Mereka akan memberi macam-macam alasan untuk mengelak seperti letih, tidak sihat, banyak kerja sekolah dan sebagainya. Alasan yang diberikan perlu kita teliti samada ia benar atau sekadar alasan untuk melepaskan diri. Kita perlu ada garis panduan untuk kekal fokus kepada matlamat iaitu mengajar anak-anak kemahiran hidup dan menjadi seorang yang bertanggung jawab. 

Apabila anak berkata:
“Mengapa asyik Ella aje yang kena buat kerja? Adik relax aje..tak payah buat apa-apa”

Kita boleh menjawab :
" Dalam keluarga ini, kita saling membantu antara satu sama lain”
" Papa dan mama cuba sebaik mungkin untuk memberi setiap orang dalam keluarga ini apa yang mereka perlukan.”
" Kadang-kadang Ella kena buat kerja lebih , kadang-kadang adik. "
" Kerja-kerja yang ditugaskan kepada setiap orang adalah mengikut tahap umur dan keupayaan masing-masing. Kerja yang mama suruh Ella buat ialah kerja yang Ella mampu buat sedangkan adik tidak mampu kerana dia masih kecil.”


Mengajar anak-anak membuat kerja rumah boleh membantu mereka untuk menilai diri mereka sendiri dan keupayaan mereka untuk menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar kepada diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat. Semuanya hendaklah bermula seawal yang mungkin, di peringkat mereka masih kecil.

"... Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran [3]: 101)

Popular Posts

MY FAMILY

MY FAMILY

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

KUMPULAN KOIR SEKOLAH SMTWT

masjid kristal

masjid kristal