Followers
Tuesday, December 20, 2011
lirik lagu korea: I Think I Oleh Byul
gurolli obdago anirkorago midojyo MM~
nega guder sarang handan imardo andwejyo MM~
gwenhan jirtuir korago nega weroun gabodago
jashinur sogyo bwajiman ije donun nan gamchursuga obnun goryo
I THINK I LOVE YOU guron gabwayo
CUZ I MISS YOU gudeman obsumyon
nan amugodo mothago jaku sengag nago
irongor bomyon amuredo
I'M FALLING FOR YOU nan mollajiman
NOW I NEED YOU onusenga nemam
giphun gose aju kuge jari jabun gudeui mosubur ijen boayo~ MM~
urin ano ullindago chingu gugetag johdago MM~
hana butho yorge dodeche mwo hangerado manunge obnunde
otohge sakwirsu inyago mardo andwenun yegirago
marhamyo dullo dejiman ije donun nan gurogi gashirhun goryo
I THINK I LOVE YOU guron gabwayo
CUZ I MISS YOU gudeman obsumyon
nan amugodo mothago jaku sengag nago
irongor bomyon amuredo
I'M FALLING FOR YOU nan mollajiman
NOW I NEED YOU onusenga nemam
giphun gose aju kuge jari jabun gudeui mosubur ijen boayo
we mollajyo guderanungor OOH~ YEAH
we modbwajyo baro aphinde de~ HOO YE~
gu dongan irohge baro ne gyothe issonunde
we ijesoya sarangi boinungonji~ HOO~ OOH~ AH...
I THINK I LOVE YOU (LOVE YOU) guron gabwayo
CUZ I MISS YOU (MISS YOU) gudeman obsumyon (OH)
nan amugodo mothago jaku sengag nago (sengag nago)
irongor bomyon amuredo
(I'M~) I'M FALLING FOR YOU (FALLING FOR YOU) nan mollajiman
NOW I NEED YOU (NOW I NEED YOU) onusenga nemam (WOO!)
giphun gose aju (aju) kuge jari jabun (jabun) gudeui mosubur ijen boayo~ OH~
OH~...
[ENGLISH – Terjemahan]
I believed it couldn’t be (oh)
That I loved you, it doesn’t make sense (oh)
That it was idle jealousy, That I was lonely
I tried to lie to myself, but I cannot hide it no longer
Chorus:
I think I love you, I think that’s what it is
’Cause I miss you, whenever you’re not around
I cannot do anything
And I keep thinking of you
Whenever I realize this, I think
I`m Falling For You~
I’m falling for you
I didn’t know, but now I need you
Suddenly, deep in my heart
I can see where you’ve settled
-Interlude-
We’re an odd couple, being friends is the best (oh)
Nothing about us matches
How can we date, it’s crazy talk
So I said and contrived, but I don’t want to do that no more
Repeat Chorus
Repeat chorus
Why didn’t I know, that it was you (oh)
Why didn’t I know, you were right in front of me (oh)
All this time you were right by me
Why do I only see the love now (oh)
Repeat Chorus
Repeat chorus
Lirik lagu “my mom is amazing”
She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel
Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing
BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…
After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing
BRIDGE/CHORUS
Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me
And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing
#.....
lagu ini mengisahkan hidup ku dan ibu ku...ibu ku seorang yang sangat penyayang..jarang sekali dia marah ke aku..aku sangat bersyukur kerana ALLAH cipta dia untuk menjadi ibuku...Walaupun ia sementara , tapi amat bermakna bagiku...Kini walaupun dia pergi...dia masih tetap dalam ingatan dalam hidup ku..
sahabatku, jika engkau masih mempunyai ibu dan ayah, jangan kau sia-siakan walau sesaat..jangan kau lupa mereka, jangan kau buat dia menangis...cubalah lakukan apa-apa sahaja yang boleh menggembirakan mereka sebelum terlambat...IsyaALLAH..^_^
sahabat, jika kau telah kehilangan mereka, jangan bersedih, La Tahzan Innallah ha ma'na.kita harus reda dengan ketentuanNya...selalulah berdoa supaya mereka diletakkan di tempat orang-orang yang mulia.sesungguhnya kita adalah milik ALLAH. Dari Allah kita datang,kepada Allah jua-lah kita kembali...Senyum Sokmo..^_^ kerana senyuman mu dapat mengubat hatimu..InsyaALLAH
- Allah lebih sayangkan dia -
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
"Wamakaru wamakarAllah, Wallahu Khairul Maakirinnn "
Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah taala
Tuesday, November 22, 2011
PENGENALAN AWAL MUHARRAM
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Doa Awal Tahun
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Akhir Tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.
Sumber: Al-Azim.com
Dibangunkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Perak
Wednesday, October 5, 2011
keliru~~~~~
apabila aku membuat keputusan dengan berpakaian biasa(still tutup aurat) ramai yang mencela ku...mengutuk aku...diorang ibarat xdapat nak terima aku macam sekarang..diaorang ingat aku ni berpura-pura alim or pe tah lagi yg diorang kata...sedih kan? seorang yang baru nak berubah dari hati bukan hanya pakaian..mungkin aku terlalu ikot kawan2 dalam berpakaian(tudung labuh)..tapi sekarang aku dah paham..so kenapa ramai xleh nak terima??bukan aku saja2 or mudah terpengaruh dengan orang lain tapi aku ingin jadi seperti orang yang menjadi diri sendiri dan berpakaian mengikut syarat bukan hanya pakai yang alim2 untuk nampak alim..itu yang aku nak korang paham.
nampaknya ramai lagi yang xpaham...apa yang aku lalui ini baru aku paham bukan mudah untuk melakukan perubahan..penuh dengan dugaan...sapa yang paham apa yang aku luahkan ini????
mungkin dulu aku pakai jilbat...walau sekejap sahaja tapi ia masih indah di hati...insyaALLAH satu hari apabila aku btul2 sedia...akan ku kembali..agar aku lebih yakin dan itu yang aku kejar selama ini..tapi bukan semudah itu untuk aku kembali laagi...sekarang hidup aku lebih suka akan kesederhanaan(dalam menutup auraT) bukan untuk menunjuk atau sekadaR fesyen..bukan ingin diperhatikan...dengan hati yang ikhlas untuk mencari redaMU YA ALLAH, AKU MOHON PADAMU AGAR KAU BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK AKU HADAPI DAN MNCARI KETETAPAN HATI INI UNTUK TERUS HIDUP KERANA MU...
mungkin senang orang yang berkata-kata tapi hanya yang lalui sahaja akan paham apa yang aku rasa...aku bukan menolak pakai or kata jilbat itu banyak ilmu r bangga diri r tunjuk alim r pe pe pon...tapi hati kena jaga..agar aku xterpesong dengan semua itu.aku masih cuba mendidik hati ini agar tiada sebab lain selain ALLAH SWT apabila aku memakainya nanti..INSYAALLAH...
sahabat yang membaca warkahku ini, aku mohon korang semua doakan untuk aku yup untuk mencari kekuatan dan terus mencari ilmu agama agar aku lagi kuat untuk teruskan apa yang aku niatkan ini...mudah-mudahan apa yang aku tulis ini dapat menentramkan jiwa ku ini...amin...
Sunday, October 2, 2011
AJK DEBAT ALAM SEKITAR (UTeM)
- AJK DEBAT ALAM SEKITAR ^_^ -
Minggu lepas (23 - 27 september 2011) 1week aku x masuk kelas coz sibuk dengan menjadi ajk debat, kebetulan UTeM menjadi tuan rumah pertandingan tersebut...huhuhu aku jadi LO, u yang aku jaga ialah UIAM...huhuhu u impian ku dahulu tapi tidak kesampaian...urm xder rezeki untuk masuk u tersebut..rezeki aku di sini...UTeM...^_^
Alhamdulillah aku dapat menjalankan tugas aku dengan sebaiknya...pengalaman pertama menguruskan pertandingan debat...yang paling best mestilah sebab dapat alaun..hehhehehe n dapat makan free plak tu..hak3 tapi sebenarnya apa yang ternilai yang aku dapat dengan menyertai aktiviti ini sudah tentu pengalaman dan kawan2 baru...huhuhu kerjasama yang diberi oleh semua ajk menyebabkan perjalanan program ni berjalan dengan lancar...
Alhamdulillah budak2 UIAM semuanya baik-baik n xsombong...diorang semua memang hebat laaa...tapi sedih jugak dia xdapat nak ke peringkat akhir..hanya sampai ke peringkat separuh akhir..kalah dengan USIM..tapi xpe, diorang menang tempat ke-3 n ketua diorang dapat pendebat terbaik liga....ini membuat diorang heppy sgt...huhuhu aku pon turut hepy...
^_^-ni laaa gambar aku dengan diorang-^_^
Friday, September 16, 2011
pengalaman baru di UTeM..^_^
hati ini makin sedih apabila abang aku tidak dapat bersama aku pergi daftar..nasib baik ada bakal kakak ipar aku yang sangat baik terhadap aku menawarkan diri untuk menghantar aku...aku bersyukur sangat kerana mempunyai seorang sahabat yang bakal menjadi bakal kakak ipar aku..kebetulan cucu paksu aku dapat UTM Skudai, Johor..abang aku suruh aku membawa keretanya ke Johor...follow cousin aku.pengalaman pertama aku memandu dari Kuala Terengganu ke Johor...
Alhamdulillah aku selamat berdaftarkan diri di UTeM...walaupun hati ini still sedih sebab sekali lagi aku merasakan seorang diri menjejakkan kaki ini...
hari berlalu dengan pantas..sudah sebulan aku disini..alhamdulillah aku semakin hari semakin selesa dengan kehidupan di sini...semoga pengalaman aku disini memberi seribu satu erti dalam hidup ku...insyaALLAH...
Sunday, August 14, 2011
RAMADHAN-2011
Friday, June 3, 2011
jamuan kesyukuran
Alhamdulillah...bersyukur pada ALLAH, hati ku tenang walaupun masih berbaki kepenatan dan keresahan yang melanda diriku pada minggu ini...tak tau siapa lagi yang harus aku luahkan apa yang tersirat di hati ini..
Mungkin aku harus terus begini dengan menyimpan apa yang aku rasakan tanpa meluahkan nya....ya biarlah rahsia...rasia yang tak mungkin aku ceritakan pada sesiapa..
Bukan mudah menyimpan rasa dihati ini namun setelah aku berusaha menjadi insan yang berdikari, alhamdulillah akhir nya aku berjaya... walaupun kadangkala aku bersikap keanakan, namun hati ini sering kali tidak tunjuk kan perasaan sebenar...siapa ya yang tahu???semestinya ALLAH SWT sahaja yang tahu...
Majlis yang bakal berlangsung malam ini...huhuhuuh sempat lagi aku meluangkan masa menulis disini...walaupun masih letih dengan persiapan namun aku tetap terasa tenang...
Alhamdulillah........
aku masih dalam dilema dengan keputusan aku...adakah aku akan pindah?????
Ya Allah, Berilah petunjuk pada ku agar aku dapat memilih keputusan yang tepat...amin..
^_^senyum sokm0....~~~~
Thursday, June 2, 2011
dilema............=(
ya ALLAH, bantulah hamba-Mu yang hina ini untuk mencari penyelesaian agar aq tidak lalai dari mengingati-Mu..
kadangkala aq ketawa tapi siapakah yang tau disebalik ketawa ku???mungkin ianya susah untuk korang paham perasaan aq tapi aq sendiri merasakan kelainan ku dengan orang lain...tapi apa yang aq harapkan ia masih kekal dalam hidup ku..
walaupun aq masih lagi mencari sebuah ketenangan yang seringkali aq tewas di medan perjuangan namun hati ini percaya bahawa suatu hari akan aq temui apa yang ku cari dalam hidup ku...mungkin orang kata aq ini sombong atau apa aja, tapi hatiku cuba mengubah apa yang diorang katakan pada aq..aq bukan lah pendiam atau sering kali berprasangka buruk namun ia macam hadir dalam hati ku...
urmm sudah ku tahu ia nya adalah hasutan syaitan yang sentiasa mahu melihat manusia bergaduh sesama sendiri...bukan mudah untuk menjadi seorang yang cuba menegakkan kebenaran...ya kebenaran yang sering dipertikaikan.
mungkin apa yang aq luahkan ini tidak masuk akal atau mengarut aja tapi itulah luahan hatiku yang telah lama aq pendamkan...sudah menjadi kebiasan aaq luahkan perasaan aq melalui penulisan dan diary...dan ini lah diary ku yang akan menjadi bukti bahawa aq bukan seperti yang diperkatakan...
dengki?????kenapa perlu ada perasaan dengki???ermmm susah betul apabila orang mula mendengki kita...ya walaupun bukan secara terang-terangan namun hati ini mudah meneka.bukan buruk sangka..
aq menjadi semakin asing dan terlalu asing dengan semua ini...kebahagian yang aq rasa hanya sebuah senyuman yang sering kali pandai menyorok disebalik kesedihan yang tidak dapat aq bendung ketika aq sendiri...
hatiku sentiasa menangis mengenangkan apakah yang perlu aq lakukan agar keputusan aq ini tidak membuat sesiapa terluka, marah atau apa aja??bukan mudah menjalani hidup seorang "penumpang"....rasa diri ini amat menyusahkan kan....kadangkala rezeki yang hadir tanpa diduga namun ternyata dilema yang menjelma.
dilema????ya ...dilema membuat keputusan yang semakin mengusutkan kepalaku...aq binggung memikirkannya...pasrah...
ternyata luahan ini dapat melegakan kesusutan di mindaku...
ya ALLAH, bantulah hambaMU ini...
sekian dulu luahan hatiku...^_^ senyum sokm0!itu lah aq...=)
Friday, May 6, 2011
pantai airport kuala terengganu^_^
mencari ketenangan di tepi pantai
ketenangan yang aku cari untuk mendapat sedikit ilham..ya ilham untuk menenangkan hati disamping melihat keindahan alam ciptaan-Nya..subhanaALLAH sungguh indah ciptaan-Nya.. kehidupan aku kini semakin tenang dengan adanya family ku yang sentiasa membantu ku menghadapi hidup berdikari di usia yang still muda..begitu juga sahabat aku yang sentiasa menbuat aku bahagia bersamanya..urm masa berlalu dengan pantas..aku sendiri sedar semakin hari semakin meningkat usia ku dan usia remaja kini aku tempuhi dengan sabar dan tabah untuk teruskan kehidupan tanpa ibu...tanpa ayah...urm seolah-olah baru semalam aku bersama mereka tapi subhanaALLAH ALLAH sentiasa membantu aku...ALHAMDULILLAH..............^_^
Sunday, April 24, 2011
wanita yang indah^_^
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.
Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.
- Artikel iluvislam.com
Wednesday, April 20, 2011
teruskan kehidupan...
syukur sangat kerana ana still diberi peluang untuk terus hidup di dunia yang mencabar ini...Alhamdulillah...
Hari ini bermula lah kisah ku seorang perantau...semakin banyak yang aku fikirkan apa yang akan aku buat selepas ini...entah kenapa hati ini semakin sayu apabila mengingati kisah ku yang lalu...teringat kenangan bersama ibu dan ayahku..aku selalu terfikir kemana aku selepas ini???
Hidup seorang perantau...hanya senyuman yang tak lekang dari bibirku hanya laaa penyedap hatiku supaya sentiasa heppy walaupun hati ini seolah-olah tiada perasaan lagi...entah laa..
Hati aku binggung..kemana aku selepas ni???aku mahu tinggal dengan siapa??adakah aku akan menyusah saudaraku jika aku tinggal dengannya??
Soalan demi soalan yang muncul dalam fikiran ku...tidak terhenti selepas habis exam PSPM...aku ingin hidup sendiri..berdikari sendiri tanpa menyusahkan orang lain...tapi bila difikirkan balik, aku hanya seorang wanita yang lemah..penuh dengan cabaran dan kelemahan diri...
Kawan2 ku cadangkan supaya aku kahwin...kahwin?hahahahhaha aku hanya mampu tergelak...jawapanku hanya lah "belum tiba masanya"...
Sekarang aku membuat keputusan untuk kerja bagi mengisi masa kosong selama hampir 4 bulan....ya ALLAH, kuatkanlah hamba-Mu ini untuk meneruskan perjuangan ni....amin^_^...
Saturday, March 26, 2011
dinner retro disco
Malam yang indah penuh dengan kilauan lampu disco...erm malam itu semua orang berpakaian cantik...seksi gitu..maklumlah dinner ni hanya khas budak perempuan untuk blog A3- ct khadijah...ramai orang kelihatan sangat gembira kerana first time dinner tema retro..begitu juga aku....yang xpernah pergi dinner seperti itu..
Saturday, February 19, 2011
DI SEBALIK SENYUMANKU..
entah kenapa perasaan aku ingin sekali ambik subjek akaun...apabila permohonan ku diterima,terus aku setuju untuk tukar sekolah…di sekolah teknik itu satu2nya mengamalkan pakaian mengikut sekolah agama…mula2 memakai jilbat, aku merasakan selamat..seperti dilindungi daripada mata lelaki yang selalu berfikiran nakal…kebetulan roomate aku dari sekolah agama, so aku banyak belajar daripadanya…
Monday, January 31, 2011
Sifat 20 Bagi ALLAH
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.
BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)
BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)
BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.
BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.
BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.
BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.
BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.
BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.
BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.
BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.
BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.
BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.
BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.
BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.
BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.
BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.
BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.
BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.
BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.
Saturday, January 29, 2011
Artis: Juwita Suwito Nama lagu: Teman Sejati
Setiap kali aku menoleh ke belakang
Mencari-cari titik punca keretakan
Ku sedari tak wajar dipersalahkan
Dirimu yang kian ketandusan perasaan
Sesungguhnya yang tersilap diriku sendiri
Menaruh harapan padamu terlalu tinggi
Sangkaku orang memberi kita berbahasa
Tak terlintas susu disaji dibalas tuba
Setiap pengorbanan, setiap pemberian
Ku lakukan untukmu penuh ketulusan
Tiada yang diharap selain kejujuran
Bila diri dikhianati sungguh aku terkilan
Sememangnya bukan engkau bukan dia
Penilaianku dulu dikelabui mata
Namun ku temui hikmah di sebalik trajedi
Teman sejatiku hanyalah Dia yang abadi
Music by Juwita Suwito
Lyrics by Habsah Hassan
Friday, January 28, 2011
19 HADIS TENTANG WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.
Hargailah Sifat Maha Pemurah Allah SWT yang telah mempermudahkan wanita untuk memasuki Syurga Allah SWT.
takdiR ALLAH
hayatilah dan fahamilah cerita ini.....
Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga
kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All
the best in everything you do… Jaga
diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan
membelek-belek SMS ucapan hari lahir
yang diterima minggu lepas. Cukup
ringkas. Namun, aku masih tertanya-
tanya mengapa Amin hanya mengirimkan
SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-
tahun sebelum ini pasti sudah ada kad
besar dan bermuzik akan tiba beberapa
hari sebelum hari lahir ku. Dah la
pakai nombor orang lain, siap tulis
nama penuh aku pula tu. Tak pernah
pula dia tulis macam ni… Ish, hati
mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang
tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak
mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti
pada musim summer tahun lepas. Namun,
sebelum itu aku sudah rasa banyak
perubahan berlaku pada dirinya. Dia
telah mula banyak memberi nasihat-
nasihat baik ketika kami berhubung
samada melalui telefon, SMS, email, YM
dan juga friendster. Dan ketika itu,
aku mendapat cuti seminggu dan telah
bercadang untuk turun ke KL dengan
kakak melawat saudara-mara, dan sambil-
sambil itu bolehlah juga berjumpa
dengan si Amin. Setahun sekali tak
salah rasanya. Melepas rindu la
sedikit. 'Boring' juga kalau asyik
berhubung melalui telefon saja.
Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh
travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik
setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan
cuba mengajak untuk berjumpa. Dia
menolak ajakan aku untuk keluar
berjalan-jalan daripada pagi sampai ke
petang. Dia hanya boleh berjumpa
dengan ku seketika sahaja pada petang
hari. Walaupun dia beralasan sibuk,
tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana.
Nak tak nak, aku terpaksalah menerima
sahaja cadangannya. Asal boleh
berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan
petang itu kami taklah ke mana-mana
sangat. Ronda-ronda sahaja dengan
kereta Wira kesukaannya itu. Selepas
ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin
membawa aku ke sebuah restoran dan
kami makan 'early dinner' di situ.
Kemudian, satu detik yang
agak 'mengingatkan' bagi aku adalah
sewaktu kami dalam perjalanan
menghantar pulang aku ke rumah
saudaraku…
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan
diaorang kat situ tu ye?" Amin
menunjuk-nunjuk ke arah beberapa
pasang 'couple' yang sedang lepak
berdua-duan di tempat-tempat duduk
sepanjang sebuah taman. Aku tergamam
sekejap. Huh. Agak menduga,
tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik
sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup
aurat elok. Sampai waktu solat, kita
solat. Erm… Islamik sket la pendek
cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin
menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya.
Kali ini aku terus diam terpaku. Aku
tahu dia lebih banyak tahu selok-belok
masalah benda-benda macam ini. Kalau
aku jawab lagi, mesti dia 'counter'
lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya
tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang
semula ke UK untuk menyambung sesi
pelajarannya yang baru, dia ada
menghantar satu email kepada ku untuk
menerangkan kedudukan dan tujuan dia
bertanya akan hal itu. Aku sudah mula
faham sedikit-sebanyak yang aku perlu
mengawal hubungan yang masih
tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada
itu dia tidak pernah langsung
menelefon aku. SMS pula hanya
bertanyakan tentang pelajaran sahaja.
Itu pun boleh dibilang dengan jari.
Namun, aku bersyukur dan gembira
kerana dialah yang membuat aku berubah
untuk jadi lebih baik dan lebih faham
Islam. Jika dulu pakaian aku agak
ketat dan singkat, kini sudah banyak
yang labuh dan longgar aku beli.
Tudungku pun pernah ditegurnya agar
melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang
memperkenalkan padaku apa itu usrah
dan dakwah. Dia juga ada berpesan -
'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi
penting. Insya Allah, kemudian Dia
akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas
ini? Hatiku masih tak tenteram
memikirkan SMS ucapan hari lahir itu.
Macam-macam sangkaan buruk bermain-
main dalam hati yang mula busuk ini.
Aku masih setia menanti kepulangannya.
Dan aku yakin dia juga setia pada aku.
Aku tak pernah memikirkan lelaki-
lelaki lain selain dia. Dan aku yakin
dia juga tak pernah nak menggatal
dengan perempuan-perempuan lain. Dia
taklah seperti kebanyakan lelaki
yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata
sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS
berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku
ringkas. Erm, mesti dia saja nak
buat 'surprise.' Aku dah agak dah,
takkanlah dia hantar SMS saja
untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan
aku mula bertambah. Dia masih sayang
padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia
online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=)
awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman
selalu turun naik sejak kebelakagn ni…
tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw,
thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja
sket tahun ni… lagi pun saya nak try
bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket..
Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni
sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm,
apa pendapat awak tentang kita
sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email
tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak
lebih daripada tu… tp, special sket…
tiada couple-couple mcm org lain…
declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
…..
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara
lelaki dan perempuan yg bukan mahram,
tiada perhubungan yang lebih akrab
melainkan hubungan suami isteri shj…
yg lain2.. atas alasan aper skali pun
ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras
juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop
untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini
adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati
ternodai… zina hati akan banyak
berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call,
tak jumpa dll, tapi hati tetap
ber’zina’…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada
org ramai… tapi, dalam masa yang sama
saya meyelindungi sesuatu yang tak
sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul…
kita sbnrnya yang dah menyarungkan
benda yg tak baik ni dgn Islam… then,
org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita
dgn org lain yg duk ber’couple2’
nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus
berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama
untuk kembali harungi hidup dalam
redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala
apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa
awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga
dipertemukan…
Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar
panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air
mata jahiliyah ku deras menitis
membahasi meja. Sedikit terpercik pada
keyboard laptop. Aku tak sangka
perkara seperti ini akan terjadi
sepantas ini. Ringkas, lembut,
berhikmah serta points-nya yang jelas
membuat aku tak dapat membantah dan
berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan
sesekali timbul rasa kesal pun ada.
Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung
perbualan tersebut. Ku pasrah dan
terima sahaja keputusan yang dibuat
oleh Amin itu. Di saat ini, hanya
Allah yang bisa mendengar bisikan hati
rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon
keampunan atas segala kekeliruan yang
telah aku timbulkan. Rupanya selama
ini aku telah tertipu dengan biskan
musuh, mengikut jalan taghut,
mencampurkan halal dan haram, serta
mengandunkan yang Islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul
iman yang pernah dibincangkan oleh
naqibah aku tak lama dahulu; pertama-
tama sekali mestilah mencintai Allah
dan RasulNya lebih daripada
makhlukNya, kemudian mencintai
seseorang itu hanya kerana Allah dan
akhir sekali, mesti benci untuk
kembali kepada kekufuran sebagaimana
ia benci dicampakkan dirinya ke dalam
api neraka. Dengan demikian barulah
dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak
memberi hidayah kepada sesiapa yang
dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan
dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan
ini dan moga-moga diringankan beban
yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima…
Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses
selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang
terbina itu memang salah pada
dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat
mewujudkan sebuah keluarga yang
menjunjung Islam jika asasnya terbina
melalui cara al-hawa? Ya, kami memang
saling menasihati dan bertazkirah,
saling mengejut Qiamulali, saling
menghantar SMS ayat-ayat Quran serta
hadis, tapi semua itu memang tak betul
caranya… Aku sedar yang kami telah
mempergunakan Islam untuk mencapai
matlamat peribadi… Astaghfirullah..
Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas
mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak
sampai.” Ops! Tersedar daripada
lamunan kisah 15 tahun lepas itu
tatkala mendengar sahutan suamiku,
Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut
tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
“Ya bang, Wani turun…”
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku
menutup lid laptopku dan bergegas
turun ke bawah. Aku sudah bersedia
untuk membentangkan ‘presentation’
kepada beliawan-beliawanis negara
mengenai Cinta Remaja dalam
program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku
sangat bersyukur menjadi siapa diri
aku sekarang ini dan aku mengharapkan
belia-belia harapan negara dapat
kembali kepada cara fitrah yang
sebenar dalam menguruskan soal cinta.
Popular Posts
-
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang m...
-
Malam yang indah penuh dengan kilauan lampu disco...erm malam itu semua orang berpakaian cantik...seksi gitu..maklumlah dinner ni hanya kha...
-
Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi merai...
-
kisah ku seorang remaja yang hampir meningkat dewasa...bermula kisah aku menjadi dewasa...tiada aku sangka, tempat aku untuk meneruskan pela...
-
Kehidupan yang di selangi dengan ujian ibarat hidup itu penuh dengan keindahan yang hanya akan dirasai oleh orang yang mengalaminya sahaj...
-
For Girls Yg Menangis Utk Lelaki, Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang. Dear akhawat yang kita saya...
-
Apa kabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini Sudahkah air wu...
-
HANYA TUHAN YANG TAHU Ku pendamkan perasaan ini, Ku rahsiakan rasa hati ini, Melindungkan kasih yang berputik, Tersembunyi di d...